27 April, 2007

Mainan




Hidup penuh dengan permainan
Dari kekanak hingga dewasa
Tak habis
Sama tapi beza.

Kampong,
Guli, gasing,
Sungai, lubuk, mandi sama pancing
Lelayang, melastik terbang tinggi
Basikal, mofikasi dan jelajah tanpa jemu
Meriam besi, buluh dan tanah, semuanya telah diletupkan.

Sekolah rendah dan menengah,
Bola sepak
bola tampar, pingpong
Futsal, hoki.

Universiti,
Hoki dan futsal diteruskan
Bebola lantai pabila terima ajakan
Bola tampar, badminton dan pingpong masih boleh dimainkan.

Segala permainan akan diteruskan,
Ketidakmampuan tinggal sebagai kenangan
Letih...
Hidup penuh permainan
Pancaroba
Mohon redha-Nya tetap bersama.

No comments: