18 December, 2007

Dedikasi Buat Anak-Anak 5 Darul 'Ulum 2002



Bangunlah PERINTIS!
Badarmu disini
Tampillah dengan daya juang yang utuh
Seutuh Bukit Uhud

Mujahadah!
Mengharungi keperitan....kesakitan,
Sakit kepala,
Sakit mata,
Sakit telinga,
Sakit hati,
Penat....
Lelah...
Boring dan apa lagi...? Sebahagian dari onak dan duri.

Perjuangan yang bakal menjelang!
Mohonlah barakah ilahi
Agar...
Derita,
Gementar dihati,
Diganti-Nya...
ketabahan
ketenangan
keredhaan
dan kepuasan abadi

Adaptasi sepenuhnya dari
Karya Cikgu Norizan untuk 5 Darul 'Ulum 2002
Ma'had Attarbiyah Al-Islamiah

17 December, 2007

Makna Cinta H


Hafizuddin
Hafizah
Hazwani
Hakimi
Hazirah

Penjaga agama
yang memelihara
pemberianku
bijaksanaku
pilihan terbaik

penjaga_agama
mapele pJ
17/12/2007

13 December, 2007

Penjaga Agama

Tidak
pemain bahasa

Tidak
pujangga lara

Tapi
penjaga agama
Hafizuddin

penjaga agama
Blok R
Fakulti Kejuruteraan
Universiti Malaya

6/12/2007

08 December, 2007

Buangkan Tidak

Tidak pasti,
pasti.

Tidak mungkin,
mungkin.

Tidak benar,
benar.

Tidak yakin,
yakin.

Buangkan tidak
pasti yakin
mungkin benar
kenyataan.

penjaga_agama
Sentral Kuala Lumpur
23/05/07