21 September, 2008

Cintaku

Hari ini

Umur bertambah

Diguris pada wajah masa

yang tua

Namun

Kasihku makin mekar

Makin mekar

Sekuntum mawar

Sayangku makin mewangi

Makin mewangi

Seharum kasturi


Esok

Umur mungkin bertambah

Andai Allah beri ruang hidup

Untukku buktikan

Cintaku yang padu

Padamu

Kerana-Nya


Masa

Menentukan,

Takdir-Nya

Tetapan,

Manusia

Usahakan.


Ya Allah

Tetapkanlah hatiku

Yang padanya

mekarnya kasih

Yang padanya

wanginya sayang

Kerana dia selalu mengingatiku

Pada-Mu.


*Buat insan yang amatku kasih.

RBPJ

20/09/08

No comments: