28 August, 2008

Aqil Yusof..Jangan Kau Nangis LAgi


Aqil Yusof
kecil senyummu
besar harapan ibu
manis masam wajahmu
wajahmu menyeri keluarga
Jangan kaunangis lagi
Aqil Yusof

09 August, 2008

Panggilan Terakhir


“Kamu jadilah insan berguna. Memberi manfaat kepada orang lain. Insyallah Allah akan sentiasa memberkati kamu..”


“Tak pa tak konvo lagi. Mesti ada hikmah Allah buat kamu tu sebab Allah tau apa yang terbaik bagi hamba dia.”


“Bagilah penghargaan buat insan yang kamu kasih kerana kasih tak boleh beli tapi hanya dengan dihargai. Bagilah sesuatu pada hari lahirnya.”


“Doakan moga tok sehat selalu. Tok nak tengok kamu bahagia dan berjaya.”


“Bila kamu nak cuti?Nanti boleh bawa tok jalan-jalan”


14 Julai 2008


Semenjak lahir saya dibesarkan oleh tok. Sekecil tapak tangan. Dibawanya saya berjalan-jalan ke mana sahaja dia pergi. Ketika menangis dialah yang selalu memujuk. Dibelikan segala yang mampu untuk mumujuk hati saya. Bila hendak pulang dari kampung ke sekolah dan universiti pasti dibekalkan makanan. Tok yang selalunya memenuhi dan memastikan sesuatu cukup bagi saya.


Sememangnya kasihnya tak mungkin saya balas dengan harta dunia. Kasih yang ditatang bagai minyak yang penuh. Saya selalu membuat tok merajuk. Memujuk tok bukanlah dengan wang ringit atau harta benda tapi menunaikan apa diharapankannya.


Saya selalu menelefon tok. Walaupun begitu setiap hari tok menunggu panggilan saya dan menunggu kepulangan saya ke kampung. Saya berjanji akan pulang pada 16 Ogos 2008 iaitu sewaktu cuti sekolah. Rupanya pangilan diatas panggilan terakhir saya kepada tok. Allah lebih mengasihi tok. Tok kembali menemuiNya pada hari isnin 21 Julai 2008 jam 11.40 malam. Pada tanggal 4 Ogos 2008 lalu adalah hari ulangtahun kelahiran tok yang ke 69. Tok seringkali ingatkan berikan hadiah penghargaan buat insan yang saya kasih kerna kasih tidak boleh dibeli tetapi hanya dihargai. Rupanya juga hadiah buat tok tak sempat diberi. Doa buat tok selalu akan saya utuskan kerana kasih, rindu, sayang dan cinta pada tok sentiasa mekar kerana-Nya.Moga-moga Allah meletakkan tok dalam golongan para solehin dan mencucuri rahmat yang tak terhingga buatnya.


Telah lama

Dia menyemai kasih

Kasih yang padu

Kasih bercambah subur

Subur dijagai sepenuhnya

Membenihkan pohon sayang yang utuh

Bersama lebatnya buah rindu

Belum sempat hasil dituai sepenuhnya

Dia kembali menemui-Nya


SRA Kelas Pendidikan Masjid Negara

4 Ogos 2008

Puisi Orang Itu

Orang itu
tidak tahu
aku sangat menyayanginya
aku sangat mencintainya
sepenuh hati
seluruh jiwa
kerna Allah

Orang itu
tidak tahu
Allah tahu segalanya
isi hatiku

RBPJ
08/08/08