06 July, 2008
Satu Hari Bersama Bonda
Gambar di atas dipotretkan semasa saya bersama kak ngah, kak cik dan kimi singgah bertemu bonda di sekolahnya semasa pulang dari SMKA Sik. Bilik ini bilik masakan SMK Seri Enggang. Seingat saya kali terakhir saya masuk ke dalam bilik ni pada tahun 1996 iaitu semasa darjah 5 sebelum ayah melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.
Tahun ni genaplah bonda selama 20 tahun bonda mengajar di bilik ini dan 50 tahun umur bonda. Hajat bonda ingin menamatkan saki baki pengorbanan di sekolah ini walaupun baru-baru ini bonda di tawarkan kenaikan pangkat sebagai penolong kanan.
Masa berlalu amat pantas. Tanpa sedar banyak memori terpahat di ingatan. Bilik ini tak banyak berubah tapi manusia berubah. Walaupun begitu bonda masih ingin di sana. Ingin mengajar memasak, menjahit dan berguna. Sebenarnya hari-hari hati saya bersama bonda. Doa saya moga-moga Allah berkati seluruh hidup bonda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
aiseh...asal gambaq kak cik xnampak 2???hambar la abe ni...huhuhuh...
Post a Comment