02 September, 2010

Jiwa sepak Raga

Jiwa sepak Raga,

Semacam permainan tradisi melayu

Tetapi tidak,

Jiwa dikongkong

Dibelenggu,

Dipenjara

Oleh raga


Perlu

Sepak Raga,

Jauh-jauh.

Agar

Jiwa lepas bebas

Terbang

Mencari potensi tertinggi

Bertemu-Nya


Penjaga_agama

1 September 2010

Rumah Belia Petaling Jaya.

24 July, 2010

Bila Puisi


Bila puisi berlari
Meninggalkan jejak
Penuh erti
Menuju Ilahi Rabbi

Bila puisi berkata
Mempunyai makna
Dari jiwa
Kerna-Nya

Bila puisi melirik senyum
Bak bebunga
Mekar mewangi
Timbul cinta Ilahi

Bila puisi sepi
Tidak berlari
Tidak berkata
Tidak melirik senyum
Dalam diam
Ia pergi
Meninggalkan mimpi
Ngeri.

Penjaga_agama
Bidor, Perak
12 Mei 2010

26 March, 2010

Khas buat Kelab Pidato Perdana Kuala Lumpur : BAHASA BANGSA

Bangsa : hari-hari bahasa tapi
Bangsa bukan menghayati hari-hari bahasa
Biarlah hari-hari bahasa Malaysia
Membentuk hikmah mulia

Adapun begitu,
Martabat bahasa suatu perjuangan
Panjang,
Umpama ombak menghempas kuat
Menjadi teluk,
Menghempas lembut
Menganjur tanjung ke tengah.

Usahlah dibanggakan
“bahasa jiwa bangsa”
Jika ertinya tidak dihadam
Terus ke jiwa menjadi kerja

Hari ini kutemui Bahasa
Kosong,
Pada bangsa hilang
Arah tujunya
Mengejar uang
Menggapai langit yang tak mungkin sampai.

Biarlah hidup mulia
Bersama hidupnya bahasa

~Mohd Hafizuddin Mohd Shukri
Sungai Petani
26/03/2010

16 March, 2010

Colours

One thousand and one colours passed
And under the lover shades
The victory of wills
Dreams never comes out for dream
But still we meet
Grief never ends in grief

Upon my life,
I see that all the words
That I’ve said
Or will say
Remain but few
I see that every colour I’ve drawn
Or I’ll draw.


penjaga agama
Tikam Batu
15/03/10

28 February, 2010

TIDAK AKAN KULUPAKAN MATRI

Tidak akan kulupakan MATRI
pada sosok sejarahnya
mendidik insan menjadi hamba pada-Nya
Ulama pewaris nabi
Matlamatnya.

Tidak akan kulupakan MUSOLLA
Tempat tarbiah bermula

Tidak akan kulupakan PADANG
Membina ukhwah pada-Nya

Tidak akan kulupakan AMAL-JAMAIE
Membentuk jiwa hamba pada-Nya

Tidak akan kulupakan ASRAMA
Mengajar erti berdikari

Tidak akan kulupakan MAKAN BERTALAM
Menyemai toleransi insani

Tidak akan kulupakan HALAQAH
Mendidik kesatuan fikrah

Tidak akan kulupakan MURABBI MITHALI
Sentiasa mendidik hikmah dari hati

Tidak akan kulupakan segala-segalanya tentang MATRI
Kerna hatiku telah tersentuh
Untuk mengenal Ilahi
Dan redha-Nya kucari

Di suatu sudut,
Tasik Melati, Bukit Tunjung,
unggas dan beburung
Hampir setiap ketika
Memerhatikan MATRI tercinta
Melahirkan insan
Sebenar-benar hamba pada-Nya

*MATRI = Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah
Perkampungan Tunjung, Beseri Perlis.

Penjaga_agama
Muara Sg. Johor
11/01/10

31 January, 2010

Nur

Nur
Subhanallah
Cantik sungguh ciptaan Allah
Tiada tandingan
Menerangi akhlak islamiah
Hasil iltizam tarbiah
Terus menerus memancar
Tanpa henti
Siangnya kaumatari
Malamnya kaurembulan
Menyuluh alam

Nur
Kau teristimewa bagiku
Terus menerus memancar
Tanpa henti
Pentunjuk
Ilahi

Teratak Aquasympreneur
Sg. Johor
8 Jan 2010

20 December, 2009

‘Ana’ muncul dan ‘Aku’ pergi

Ana
Telah meninggalkan aku
pada hari lalu
yang suram tanpa tuju

Aku
rasa kerdil kerna dosa-dosa lalu
ingin kutinggalkan jalan sepi ini

Aku adalah ana pada tika dulu
Ana adalah aku pada tika ini
Ana muncul dan Aku pergi
Setelah merasai
Tarbiah diri
Kerna Ilahi

9/12/2009
Teratak Aquasympreneur
Kongkong, Johor Bahru

25 November, 2009

Kasih & Kisah

Kisah ini benar
Sungguh benar
Sememangnya betul
Sayang

Kisah ini telah berlalu
Tiada siapa tahu
Terasa pilu
Rindu

Kisah ini disimpan rapi
Digenggam erat
Diam

Kisah kasih
Kasih kisah
Tak kasih
Tak kisah
Tiada siapa kasih
Tiada siapa kisah
Tiada siapa tahu,
Allah.

Teratak Hijau
November 2009

06 November, 2009

Derita Palestina

Di sana derita

Penuh sengsara

Di sini gembira

Penuh lara


Biarlah

Derita sengsara

andai

Syahid disisi-Nya


Jangan

Gembira lara

Tersasar dari redha-Nya


Ayuh,

Seluruh bangsa

Kita bangun

Sepenuh jiwa

Selamatkan Palestina tercinta

Daripada genggaman

zionis durjana.


Penjaga_agama

Februari 2009

23 October, 2009

Monolog : Cinta Kenangan RBPJ

Angin
Menampar pipi
Terasa sepi
Sedar

Beburung
Berbisik kicauan
Terasa berita
Cinta

Mentari
Memancar cahaya
Terasa bahagia
Ceria

Di sini
Teratak tua
Ukiran sejarah
Angin sedar
Beburung cinta
Mentari ceria
Bersamaku
Mentafsir alam ciptaan-Nya

14022009
Rumah Belia PJ (RBPJ)

06 August, 2009

Kesetiaan Lalu

Engkau tak mengerti
erti cinta
erti rindu
pada kesetiaan lalu

Dibelai cinta
bertunjangkan akar pada-Nya
dipupuk rindu
merimbuni subur kerna-Nya
sesungguhnya
kau sudah tiada memilihku
kau pergi meninggalkan kelemahanku
pada angin lalu
sepi tanpa lagu.

Penjaga_agama
Tg.Demong, Besut Terengganu.
6 Ogos 2009

05 August, 2009

Setia

Irama
Ombak
Menyanyikan lagu
Cinta
Setia
Terus menerus
Berulang kali
Menghempas rindu
Pada pantai suci


Penjaga_agama
Tg.Demong, Besut Terengganu.
5 Ogos 2009

21 July, 2009

21.7.09

21.7.09
Genap setahun hati ini sepi,
setahun jua hati ini rindu,
setahun jua hati ini berlagu
syahdu

Hari ini bukan hari biasa,
Bukan hari-hari yang tanpa erti,
tapi hari ini adalah hari aku merelakan diri pergi

Aku masih seperti dulu,
seperti setahun yang lalu,
mencuba mengubat pilu,
walaupun nadiku berirama sendu
nenda,
semoga Nenda aman di sana,
semoga rahmat Allah melimpah
buatmu,
semoga cinta dan kasih-Nya
tak pernah putus buatmu
Sesungguhnya kami sangat
merinduimu,
Insyallah satu masa nanti
kita akan bertemu,
Gembira dan bahagia bersatu.

-alfatihah buat nenda tercinta,
HAJJAH AZIZAH BT ISHAK
semoga Allah merahmati rohmu
amin
Nurhazwani Mohd Shukri

10 June, 2009

Ikan 0oo ikan

Ikan 0oo ikan
Kenapa engkau ikan
Aku ikan sebab
Aku dijadikan Allah

Ikan 0oo ikan
Kenapa engkau tak timbul
Aku tak timbul sebab
Rembulan tak nampak

Ikan 0oo ikan
Kenapa engkau enak
Macam mana aku enak
Sebab banyak lemak

Ikan 0oo ikan
Kenapa engkau berenang
Macam mana aku tak berenang
Hatiku tak senang

Ikan 0oo ikan
Kenapa engkau pergi
Aku pergi
Kerna cari rezeki

Ikan 0oo ikan
Berapa kau sekati
Aku tak boleh dibeli
Kerna sudah jatuh hati

Ikan 0oo ikan
Kenapa engkau ikan
Sebab aku ikan
Tak boleh berjalan

*monolog menantikan ikan
RBPJ
25 Mei 2009

27 May, 2009

Orang Kata

Ada orang kata dia
Cantik,
Ada orang kata dia
Biasa
Kerna ada yang lain lebih dari
Dia

Ada orang kata dia
Baik,
Ada orang kata dia
Biasa
Kerna ada yang lain lebih dari
Dia

Biarlah orang kata dia
Allah kata lain pada hambaNya
Aku kata
Dia
Paling cantik
Paling baik
Kerna
Cantik itu pada budi
Baik itu pada peribadi

Orang kata
Aku juga kata
Nilaian manusia itu berbeza
Kerna cinta
Cinta pada-Nya

Penjaga_agama
20 Mei 2009
Rumah belia Petaling Jaya

18 April, 2009

Lahir Cinta

Cinta
Bukan kata ungkapan
bukan juga lakaran lukisan

Jika kaumasih ragu padaku
renungilah mataku
tatapilah wajah rinduku
sentuhilah jemari kasihku

kau akan rasai
lahirnya dari hati
suci
pancaran
cintaku
kerna Ilahi

19 April 2009
RBPJ

09 March, 2009

Aku hari-hari Dia

Aku : Hari-hari dia tapi
dia bukan hari-hari
biarlah hari-hari Ilahi walau
dia bukan hari-hari
moga hari-hari Allah redhai : Dia

penjagaagama
RBPJ
9/3/09

11 February, 2009

SAYANG

Sayang
Ayang
Yang
Ang
N
G

Dimulakan sayang
Diakhiri ANG
Jangan begitu.
Sayanglah selalu.

*ANG=Hang (Bahasa Utara) = Kamu

Penjaga_agama
9/02/09