09 April, 2008

Aku tidak mahu mengerti lagi

Aku tidak mahu mengerti lagi
Sekali bicara
Manis terasa
Janji bahagia

Kau
Membuatku yakin
Bahawa kau manusia
Manusia yang cintakan kedamaian

Hari ini
aku temui kau
dalam wajah lain
Kaurompak
Kaugoncang
Kedamaian
Kita dambakan bersama

Aku tidak mahu mengerti lagi
Pada kamu
Pelakon pencuri
Lain dilakon lain dihati.

PRU12
Sungai Petani

04 April, 2008

Hatiku Bonda

Kerudung litupmu
Ditenun halus
Dengan peribadi insani

Mutiara wajahmu
Berseri-seri
Dijadikan kalung
Yang digeledah dari lautan sejarah

Senyum manismu
Diukir teliti
Dijadikan tugu
Kasih yang padu

Merdu suaramu
Dialun syahdu
Dijadikan lagu
Pengubat rindu

Bonda,
Seringkali aku terbayang
Di suatu sudut
Kau bersama
Kerudung litupmu
Mutiara wajahmu
Senyum manismu
Merdu suaramu
Di sudut hatiku.

Makmal Mikro 6
FSKTM
28/03/08