13 March, 2008
Bulan
Bulan
jangan kautinggalkan aku
kerana kau
menjadi lampu
menyuluhi rindu
menjadi kaca
memantuli cinta
pada-Nya
matlamat redha-Nya
jangan kautinggalkan aku
bulan.
penjagama
RBPJ
12/03/08
02 March, 2008
Ini potret cinta....
Fair Play Games Championship School Malaysia 2002
Johan Kadet Remaja Sekolah Negeri Perlis 2001
Sebenarnya entri ini bukanlah untuk mengisahkan kisah cinta pada dunia. Tetapi mengisahkan kisah cinta persahabatan yang didasari keimanan untuk menuju redha-Nya. Bukan sehari untuk membina matlamat dan bukan jua sekali untuk diingatkan. Inilah hakikat proses tarbiyah. Sentiasa mujahadah dalam mencapai redha-Nya.
Potret-potret diatas adalah kemanisan persahabatan dalam perjuangan berpasukan. Hanya Allah saja tahu dan hanya orang yang berada dalam kebersamaan perjuangan ini merasainya. Kemenangan pertama yang diharap adalah kemenangan disisiNya. Keduanya adalah hasil kemenangan pertama. Dengan usaha yang sungguh-sungguh, penjelasan matlamat yang selalu dan tawakkal kepada Allah. Alhamdulillah kejayaan demi kejayaan diperoleh. Kejayaan ini bukanlah kejayaan individu tetapi kejayaan untuk semua yang berada dalam kebersamaan ini. Moga-moga Allah memberikan kejayaan yang tak putus kepada pasukan yang jelas ingin redha-Nya ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)