15 February, 2008
Buatmu II
Buat insan kukasih
sepi itu punya erti
pelbagai
Anggap sepi itu tarbiah diri
cintaku buatmu
paksi-Nya.
sepi itu punya erti
pelbagai
Anggap sepi itu tarbiah diri
cintaku buatmu
paksi-Nya.
12 February, 2008
PERMADAH (Buat Pimpinan)
PERMADAH
dibajak perancangan tinggi
disemai budi luhur
dibajai harapan berjaya
dijagai matlamat redha-Nya
dituai kasih sempurna
Ingatlah,
kita petani
yang musimnya sekali
yang tinggalnya memori
tak mungkin kembali
ikutlah resam padi,
makin tunduk
makin berisi
makin tinggi
makin ingat Ilahi.
penjaga_agama
Makmal Mikro 6
FSKTM
Uni Malaya
12 Februari 2008
dibajak perancangan tinggi
disemai budi luhur
dibajai harapan berjaya
dijagai matlamat redha-Nya
dituai kasih sempurna
Ingatlah,
kita petani
yang musimnya sekali
yang tinggalnya memori
tak mungkin kembali
ikutlah resam padi,
makin tunduk
makin berisi
makin tinggi
makin ingat Ilahi.
penjaga_agama
Makmal Mikro 6
FSKTM
Uni Malaya
12 Februari 2008
03 February, 2008
Kiriman buatmu (Buat Insan Kukasih)
kukirim pada bayu
kurindu
kukirim pada helang
kusayang
kukirim pada merpati
kau dihati
akan kukirim semuanya
bersama doa,
harap redhaNya
bersama pahala.
penjaga_agama
Rumah Belia PJ
4 Februari 2008
kurindu
kukirim pada helang
kusayang
kukirim pada merpati
kau dihati
akan kukirim semuanya
bersama doa,
harap redhaNya
bersama pahala.
penjaga_agama
Rumah Belia PJ
4 Februari 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)