08 September, 2007

Letih bersosial lagi


Pelaksana Pesta Pendidikan Kokurikulum Universiti Malaya

(PESKO '07)

04 September, 2007

Kasih dan Rindu



ADIK,
Dalam cinta memeluk rasa,
Meniti rindu di kalbu sunyi,
Mencari tapak berpijak kasih,
Ke angin lalu memohon pesan.

Untukmu, Adik,
Kusampaikan bisik hati merindu,
Yang menikam rongga hatiku,
Sejak kita berpisah menyeksa batinku.

Alangkah sunyinya taman hati ini,
Lengang dalam wajah membisu,
Dan pada kesepian begini, adinda,
Kenangan padamu manis menjelma.

Masih terasa lagi panas nafasmu,
Dalam dakapan ketika berpisah dulu,
Tangan yang membelai di rambutku,
Terasa nikmat pada kasih piatu.

Ibu marah tanda sayang,
Orang jemu tampaklah benci,
Anak merajuk hatinya manja,
Abang rindu kemuncak cinta.


Usman Awang
1953